Plot Forrest Gump

Pada tahun 1981, Forrest Gump melihat bulu pelepah jatuh dari langit di sebuah perhentian bas di Savannah, Georgia. Dia menceritakan kisah hidupnya kepada orang asing yang duduk di sebelahnya di bangku perhentian bas mengenai zaman kanak-kanaknya di pekan Greenbow, Alabama.

Pada hari pertama persekolahan, Forrest berjumpa seorang budak perempuan bernama Jenny Curran. Walaupun kurang cerdik, keupayaan Gump untuk berlari sepantas kilat membolehkan dia memasuki kolej melalui biasiswa bola sepak Amerika. Selepas tamat pengajian dari kolej, dia disenaraikan ke dalam tentera dimana dia berkawan dengan seorang lelaki kulit hitam bernama Bubba. Bubba meyakinkan Gump untuk menyertai perniagaan udang bersamanya selepas perang berakhir. Mereka dihantar ke Vietnam dan semasa satu serangan hendap, Bubba terbunuh dalam pertempuran. Gump berjaya menyelamatkan kebanyakkan platunnya termasuk Leftenannya, Dan Taylor yang kehilangan kedua-dua kaki akibat kecederaan. Gump dianugerahkan Medal of Honor untuk tindakannya.

Semasa Gump berada dalam pemulihan selepas suntikan di punggungnya, dia menjumpai kebolehan luar biasanya dalam ping-pong. Dia kemudiannya menjadi semakin popular dan statusnya meningkat kepada selebriti. Dia kemudiannya bermain ping-pong secara kompetitif menentang pasukan China dalam perlawanan diplomasi ping-pong. Ketika di perhimpunan anti-perang di Washington, D.C., Gump berjumpa semula dengan Jenny, yang kini hidup dengan gaya hippie.

Setibanya di rumah, Gump menyokong sebuah syarikat yang membuat raket ping-pong dan mendapat bayaran US$ 25,000 yang digunakannya untuk membeli bot menangkap udang, memenuhi janjinya kepada Bubba. Leftenan Dan menyertai Gump dan mereka pada mulanya mencapai kejayaan kecil. Selepas mendapati bot mereka merupakan satu-satunya yang terselamat di kawasan itu selepas Taufan Carmen, mereka mula berjaya menangkap udang dengan jumlah yang banyak. Mereka menggunakan pendapatan mereka untuk membeli lebih banyak bot menangkap udang. Leftenan Dan melabur wang dalam Apple dan Gump dari segi kewangan selamat untuk sepanjang hidupnya. Dia kembali ke rumah untuk melihat hari terakhir kehidupan ibunya.

Pada satu hari, Jenny kembali untuk melawat Gump. Gump meminta untuk berkahwin dengannya tetapi dia menolak walaupun berasa bertanggungjawab untuk membuktikan cinta kepadanya dengan tidur dengannya. Dia meninggalkan rumah Gump pada pagi berikutnya. Dengan sengaja, Gump memilih untuk pergi berlari. Dia kemudiannya memutuskan untuk terus berlari merentasi negara beberapa kali selama lebih tiga tahun setengah dan menjadi terkenal dalam proses itu.

Pada masa kini, Gump mendedahkan bahawa dia sedang menunggu di perhentian bas kerana dia menerima surat daripada Jenny yang setelah melihat dia berlari di televisyen, meminta Gump untuk melawatnya. Sebaik sahaja dia berjumpa kembali dengan Jenny, dia diperkenalkan kepada anaknya yang juga bernama Forrest. Jenny memberitahu Gump dia menghidap virus yang tidak diketahui (mungkin HIV, walaupun ini tidak pernah dinyatakan). Ketiga-tiga mereka berpindah kembali ke Greenbow, Alabama. Jenny dan Forrest akhirnya berkahwin tetapi dia mati tidak lama selepas itu.

Dia dan anaknya menunggu bas sekolah ketika hari pertama persekolahan anaknya. Ketika membuka buku yang dibawa anaknya ke sekolah, bulu pelepah pada awal filem dibawa oleh angin dan menuju ke arah langit.

Rujukan

WikiPedia: Forrest Gump http://www.accessatlanta.com/atlanta-movies/forres... http://www.allmovie.com/work/131221 http://bobspoetry.com/Bobs01Fe.pdf http://www.boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/fastest.htm?p... http://www.boxofficemojo.com/alltime/fastest.htm?p... http://www.boxofficemojo.com/alltime/fastest.htm?p... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=forrestgum... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=weekend&... http://www.ew.com/ew/article/0,,299341,00.html